Amalkan Baca Al Malikul Quddus Bagus Untuk Kesihatan Organ Wanita

Amalkan Baca Al Malikul Quddus Bagus Untuk Kesihatan Organ Wanita. Wanita antara golongan yang paling ramai dihinggapi penyakit betkaitan organ seperti kanser payudara, sakit buah pinggang dan juga rabun mata.

Namun begitu, kita janganlah patah semangat menghadapi dugaan sakit yang singgah pada tubuh badan. Ada bermacam cara perubatan moden yang boleh dilakukan untuk merawat penyakit.

Amalkan Baca Al Malikul Quddus Bagus Untuk Kesihatan Organ Wanita

Selain itu, boleh juga menggunakan amalan perubatan islam dan zikir tertentu seperti asmaul husnaa untuk melindungi organ tubuh wanita.

Amalkan Baca Al Malikul Quddus Bagus Untuk Kesihatan Organ Tubuh Wanita

Asmaul Husna memang banyak fadhilatnya. Amalkan berzikir dengan asmaul husna tertentu dapat memberikan manfaat yang banyak kepada kita, samada untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Baiklah, saya nak share satu amalan zikir menggunakan asmaul husna yang dapat merawat tubuh, terutamanya kepada kaum wanita.

Mengikut pesanan seorang ustazah (dalam facebook), setiap hari selepas solat subuh bacalah “Ya Malikul Quddus” sebanyak (11kali). Ia akan melindungi wanita daripada penyakit yang berkaitan dengan organ wanita..

Mari kita lihat maksud asmaul husna yang disebutkan, iaitu

Al Malikul ~ Al Malik ini bermakna Maha Merajai. Sesiapa yang mengamalkan membaca Ya Malik pada bila-bila masa, maka dia akan mendapat penghormatan dan menerima layanan yang sewajarnya dari orang lain.

Quddus ~ Seterusnya ialah Al Quddus, yang membawa maksud, Maha Suci. Sesunggunhya Allah itu Maha Suci yang tiada cacat cela dan kekurangan.

Jadi, dengan mengetahui maksudnya, anda dapat amalkan zikir tersebut selepas solat Subuh dengan penuh pengharapan agar Allah melindungi kita daripada penyakit merbahaya.

Wallahua’lam. gambar hiasan

baca lagi

Anak Sembahyang Dengan Sendiri Tidak Perlu Memaksa Dengan Selalu Mengamalkan Doa Ini
Bagaimana membuat anak-anak solat dengan kesedaran mereka sendiri tanpa perlu disuruh dan dimarah?
Seorang sahabat pernah bercerita:

Aku menceritakan satu kisah yang terjadi padaku. Anak perempuanku yang berumur 16 tahun, solat baginya adalah hal yang sangat berat. Pada suatu hari aku berkata kepadanya, “Bangun solat subuh”, dan aku mengintainya dengan ekor mataku. Aku melihatnya mengambil sajadah, kemudian melemparkannya ke lantai sudut biliknya. Lama kemudian ia keluar. Aku bertanya kepadanya “Apakah kamu sudah solat?”

Ia menjawab, “Sudah” Kemudian aku mencubitnya kerana berbohong. Aku benar-benar marah padanya, aku denda dia dan aku menakut-nakutkannya akan siksa Allah, tapi ternyata semua kata-kataku itu tidak ada yang menakutkannya. Suatu hari, seorang sahabatku bercerita suatu kisah. Suatu ketika ia berkunjung ke rumah seorang saudara dekatnya. Ketika datang waktu solat, semua anak-anaknya langsung bersegera melaksanakan solat tanpa diperintah.

Aku lalu bertanya, “Bagaimana anak-anak kamu solat dengan kerelaan mereka tanpa disuruh?” Ia menjawab, “Ada satu doa, sebelum aku menikah aku selalu amalkan dan sampai saat ini pun aku masih tetap berdoa dengan doa tersebut dalam sujudku, saat sebelum salam, ketika solat witir, dan di setiap waktu yang mustajab” Demi Allah wahai saudaraku. Anakku saat ini telah bekerja sejak aku berdoa dengan doa itu. Anakku itulah yang rajin membangunkan kami dan mengingatkan kami dan adik-adiknya untuk solat.

Alhamdulillah, mereka semua selalu menjaga solatnya. Sampai-sampai neneknya bertandang ke rumah kami, ia tercengang melihat anak perempuanku bangun pagi, kemudian membangunkan kami untuk solat subuh. Jadi doa apa yang sebenarnya dibaca? Doa itu adalah dari Surah Ibrahim ayat 40:

“رب اجعلني مقيم الصلاة ِﻭَﻣِﻦ ﺫُﺭِّﻳَّﺘِﻲ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﺗَﻘَﺒَّﻞْ ﺩُﻋَﺎﺀ”
(Rabbij’alni muqimassolati wamin zurriyati rabbana wataqobbal du’a e)

“Ya Robbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan
solat. Ya Robb kami , perkenankanlah doaku”
(Surah Ibrahim: 40)

Ya saudara-saudaraku semua, berdoalah untuk anak kita semua. Sebagaimana kita semua tahu bahwa doa ialah senjata seorang mukmin. Kirimkan tulisan ini agar lebih ramai orang yang mengambil iktibar. Semoga Allah merahmati orang yang bersedia untuk dikongsi bersama. Bacalah selalu doa ini untuk anak-anakmu, biidznillah mereka akan selalu berada dalam penjagaan dan perlindungan Allah Ta’ala . Aamiin Allaahumma Aamiin.

Sumber Artikel: https://tazkirah.net/doa-mustajab-ini-bantu-anak-anak-solat-dengan-kesedaran-tanpa-disuruh/
Sumber Video: https://www.youtube.com/watch?v=dwRJifYoS-s
sumber Nasihatustazz

baca lagi.
Doa Dan Amalan Khusus Untuk Mendapat Rezeki Yang Tak Putus-Putus
Doa Dan Amalan Khusus Untuk Mendapat Rezeki Yang Tak Putus-Putus. Sebagai umat islam yang mengaku tiada Tuhan selain Allah, kita mesti bertekad bahawa hanya Allah tempat kita bergantung. Bagaimana caranya nak buktikan yang kita sepenuh bergantung kepadaNya?

Salah satu cara adalah dengan berdoa iaitu memohon hanya kepada Allah yang Esa. Berdoa dengan bersungguh-sungguh meminta sesuatu kerana Allah Maha Kaya. Mintalah apa saja.. kerana Dia Maha Berkuasa.

Oleh itu, jika anda hendakkan rezeki melimpah ruah tak putus-putus contohnya.. lakukanlah amalan di bawah..

Doa Dan Amalan Khusus Untuk Mendapat Rezeki Yang Tak Putus-Putus

AMALAN KHUSUS UNTUK:

1) Mendapat rezeki yang tidak putus- putus

Amalannya:

Zikirkan ayat 54 ( surah as-Saad ) sebanyak 33 kali setiap selepas solat 5 waktu. Juga ketika mengambil duit dari uncang atau dompet. (baca sekali sahaja )

Alhamdulillah,… ayat ni saya amal selepas zikir subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, allahuakbar 33, dan doa rezeki tak putus ni 33x

Alhamdulillah.. Saya dah amalkan…Memang benar janji Allah itu, setiap kali kita memohon pasti akan di makbulkan, ..walaupun sedikit tapi tak pernah putus.

Ditakdirkan Allah sampai dua orang berkongsi amalan tersebut pada hari yang sama.

1) Seorang pakcik yang berumur 74 tahun, tetapi masih sihat, gagah dan ceria.
2) Seorang lelaki yang lebih muda dari pakcik itu.

Kedua-dua mereka Allah takdirkan bertemu di tempat yang sama (sebuah masjid) dan berkongsi amalan yang sama. Dan kedua-dua mereka juga baru sahaja pulang bermusafir di jalan Allah selama 40 hari.

Si Pakcik berkongsi amalan itu selepas subuh manakala seorang lagi, berkongsi amalan yang sama selepas Isya’.

Nah, sekarang saya kongsikan pula amalan ini kepada saudaraku, pembaca blog ini.

Doa Dan Amalan Khusus Untuk Mendapat Rezeki Yang Tak Putus-Putus

Bacaan dalan rumi:

In na haaa za lariz qunaa, maa lahu min nafaad.
Berikut adalah terjemahan ayat ke 54 surah as-Saad di atas. (Merujuk kepada kitab tafsir fizilil Qur’an)

“Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang tidak kunjung habis.” (As-Saad: 54 )

Sekali lagi, kita beramal kerana Allah perintah untuk beramal. Kita bukan yakin dengan amalan, tetapi kita mahu yakin dengan janji-janji Allah.

Kita solat kerana Allah perintahkan solat.
Dalam perintah Allah, ada janji-janji Allah. Dalam janji-janji Allah, ada kuasa dan pertolongan ghaib dari Allah.

Bila kita meminta, kita minta hanya kepada Allah. Allah, tidak mungkin hampakan kita.
Kongsikan kepada rakan rakan dan saudara kita agar sama-sama dapat manfaatnya.

gambar hiasan
Sumber aynorablogs

Add Comment