Cara-Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Lengkap

1.Niat dilakukan bersama-sama dengan basuhan pertama yang dilakukan pada anggota tubuh.Bacaan niatnya adalah seperti berikut:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ اْلاَكْبَرِ فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
Nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbari fardhan lillahiI ta’ala
Ertinya : “Aku berniat mandi wajib untuk menghilangkan hadats besar fardhu kerana Allah Ta’ala ”

2.Mendahului dengan bacaan بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

3.Terlebih dahulu membersihkan semua kotoran dan najis yang terdapat pada badan.
i)Mencuci tangan sebanyak tiga kali
ii)Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

4.Berwuduk.
i)Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa(untuk solat) atau menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
ii)Membaca doa selepas wuduk

,أَشْهَدُ اَنْ لاَإِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَوَجْعَلْنَيْ مِن عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ
“Asyhadu allaa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariika lah, wa asyhadu anna mUhammadan ‘abduhu wa Rasuuluh.
Allahumma j’alnii minat tawwabiina, waj’alnii minal mutathahiriina waj’alnii min ‘ibaadikash shalihiina.”
Ertinya :“Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang menyekutukanNya. Aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad adalah hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bertaubat, jadikanlah aku orang yang menjaga kebersihan dan jadikanlah aku dari hambamu yang soleh.”

5.Meratakan air ke seluruh anggota badan
i)Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara merata lalu menyiramnya sebanyak tiga kali.Bagi wanita perlu dilepaskn ikatan rambut supaya air dapat melalui setap helaian rambut.
ii)Mendahulukn anggota tubuh yang kanan dahulu daripada yang kiri
iii)Setiap basuhan sebanyak tiga kali

Soalan(kredit:hafizamri.com)

◆Adakah sah mandi wajib sekiranya terdapat luka yang belum kering?
untuk mandi wajib ketika ada anggota badan yang tidak boleh terkena air disebabkan mudarat, maka hendaklah dibalut dahulu angota tersebut supaya tidak terkana air. Ketika mandi wajib , wajib kita ratakan air ke seluruh badan melainkan anggota badan yg tidak boleh terkena air ( yang berbalut ).selepas selesai mandi wajib hendaklah bertayamum utk menyempurnakan mandi wajib tersebut.

◆Adakah sah menggunakan sabun mandi atau syampu semasa mandi wajib?
Adalah seeloknya kita mandi seperti biasa dahulu dan diikuti mandi wajib, ataupon mandi wajib dahulu setelah semunya dah rata boleh lah gunakan sabun dan syampu, takut berubahnya air mutlak disebabkan air sabun atau syampu.

◆Bolehkah kite niat: Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Ta’ala
Utk mandi hadas haid, nifas, wiladah, junub?
Ya boleh, dengan kita niat mengangkat hadas besar iaitu(mandi junub) maka terangkat kesemua semua hadas besar termasuklah mandi haid,nifas,wilada dan lain-lain.

◆Adakah perbezaan mandi wajib diantara laki2 & perempuan?
Tiada bezanya mandi wajib laki-laki dan perempuan, cuma bagi perempan kenalah cermat sikit ratakan air ke rambut dan celah celahan, supaya air sampai.

◆Adakah sah mandi wajib apabila saya mengosok qubul atau dubur dengan tangan ketika mandi wajib untuk meratakan air ke tempat sulit itu?? bagaimana cara nya??
Sah mandi wajib apabila tangan menyentuh qubul atau dubur, tetapi terbatalnya wuduk,Jika x nak terbatalnya wudu’, mandi menggunakan kain basah dan gosok dengan berlapik di kawasan yang sulit. jika wuduk terbatal juga, boleh ambil semula selepas mandi junub,

◆ Setelah selesai mandi wajib boleh ka terus kluar dari bilik air atau ada doa sebelum
keluar dari bilik air?
Selesai mandi wajib boleh sahaja terus keluar, tetepi di sunatkan berdoa setelah keluar bilik air.

◆Bolehkah kita mandi dgn tiada sehelai benang pun atau kena pakai kain?
Boleh tetapi makruh…

◆Bagaimana niat untuk mandi wajib setelah melakukan persetubuhan dlm waktu datang haid?adakah ‘sahaja aku mengangkat hadas besar kerana haid dan manji junub kerana Allah Taala’?
Niat nya sama sahaja..”sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala’.

Add Comment