DOA BUAT USTAZ MURTADHA .. SAYANG BANGUN LAH ANAK-ANAK TUNGGU ABI .. ABI KUAT-ISTERI (6GAMBAR)

Taiping : Ustaz Murtadha atau Mohd Murtadha Mohd Yussof, 30, masih berada pada tahap kritikal selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Bagan Serai pada 7.04 malam 2 hari lalu.

Beliau mengalami kecederan parah apabila sebahagian tempurung kepalanya pecah impak kemalangan yang mengakibatkan kecederaan serius, kini Ustaz Murtadha berada didalam keadaan koma dan dipantau rapi oleh pihak Hospital.

Dalam pada itu isteri beliau meluahkan rasa sayu apa yang berlaku kepada suami nya Ustaz Murtadha dia meluahkan rasa sedih nya memohon doa agar suami nya segera sedar dari koma apa yang berlaku mengudang pilu insan-insan yang mengenali Ustaz Murtadha dan dirinya.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahayamata lelaki, Ustaz Murtadha seorang insan yang amat baik bertanggung jawab dan penyayang, anak-anak kini merindui Abi mereka yang kini bertarung nyawa di Hospital.

Sama-sama kita doakan agar Ustaz Murtadha kembali sedar dan pulih seperti sediakala isteri ini sedang menunggu imam nya anak-anak pula sedang merindui pelukan Abi mereka semoga mereka tabah.

Doakan ustaz Wadi dan tiga yang lain

Kemalangan melibatkan empat ustaz termasuk seorang pendakwah terkemuka lewat petang semalam mengejutkan banyak pihak termasuk kalangan selebriti.

Melalui media sosial, beberapa selebriti tanah air menyatakan rasa sedih dengan kemalangan menimpa Wadi Anuar an rakan-rakannya di Km200.9 Jalan Taiping- Bukit Merah, Perak

Selain Wadi Anuar, tiga lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu adalah Murtadha Yusuf, Hanbali Zulkifli dan bapa kepada Murtadha.

Mereka meminta orang ramai mendoakan agar semua mangsa kembali pulih seperti sedia kala dan dipermudahkan urusan.

“Innalillahi wa inna ilaihiroji’un. Minta semua doakan kepada ustaz-ustaz kita yang telah terlibat dengan kemalangan,” kata Nur Heliza di Instagram.

Difahamkan, keempat-empat mangsa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di Hospital Taiping.

Murtadha yang tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan otak semalam dikatakan kini menjalani pembedahan berisiko tinggi.

Manakala Wadi Anuar yang patah pada bahagian bahu kini sudah mulai sedar namun masih berada dalam keadaan lemah dan belum mampu bercakap.

Sementara itu pelbagai pihak berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kemalangan berkenaan sehingga mengelirukan masyarakat.

Mereka juga meminta orang ramai mendoakan agar mangsa kemalangan itu diberikan kesembuhan segera.

Add Comment