DOA dari Ayat al-Quran Untuk Rawatan Kanser

Soalan: ustaz..saya nak tanya sikit..ada tak ayat-ayat al-Quran yang boleh kita amalkan bagi merawat pnyakit kanser n leukimia….

Jawapan:

Secara umumnya, ayat-ayat Al-Quran yang berfungsi sebagai agen penyembuh kanser bermula dengan surah Al Mukminun, ayat 91 hingga 100 dan surah Al Hajj, bermula ayat 31 hingga 55.

Ayat surah Mukminun untuk dibaca pada waktu malam sebanyak tiga kali sama ada selepas maghrib atau isyak atau mana-mana masa yang sesuai pada waktu malam atau dibacakan di dalam sembahyang sama ada fardu, atau Qiyammulail.

Ayat surah Al Hajj tadi pula adalah untuk bacaan siang sebanyak tiga kali selepas subuh, zohor atau asar.

BACA: 12 Adab Yang Mudah Dilakukan Semasa Berada Di Masjid
Jika tidak sempat, maka boleh dibaca pada bila-bila masa di waktu siang. Kesimpulannya, tiada alasan sibuk atau tidak sempat untuk seseorang pesakit melakukan amalan ini.

Selepas kali membaca ayat ini, pesakit boleh berdoa kepada Allah agar sakit mereka sembuh.

Ingat, berdoa dengan penuh keyakinan bahawa Allah berkuasa menyembuhkan setiap penyakit di dunia ini.

Kita telah pun berikhtiar dengan membaca ayat ini, lalu berdoa dan bertawakal kepada Allah, insya-Allah, pesakit akan merasakan perbezaannya setelah beberapa hari.

Dua rangkaian ayat yang saya berikan tadi, (Al Mukminun, Al Hajj), hendaklah diamalkan selama empat hingga lima minggu.

Baca dengan seikhlas hati dan penuh keyakinan. Setelah empat hingga lima minggu membaca ayat tadi, pesakit perlu pula membaca dua dari rangkaian surah-surah di bawah.

BACA: Ini 11 Pesanan Penting Datuk Prof Dr. Muhaya, Panduan Buat Mak Ayah Dalam Mendidik Anak
Surah Rangkaian Ayat

1. Al Anbiya’ 38 hingga 50 dan Huud 60 hingga 80
atau
2. An Nahl 90 hingga 110 dan Yunus 55 hingga 70
atau
3. Qasas 66 hingga 88 dan Ibrahim 9 hingga 22
atau
4. Al Kahfi 38 hingga 60 dan Yunus 71 hingga 89

60 rangkaian ayat suci Al-Quran yang merupakan ayat spesifik penyembuh penyakit kanser. Malah, ayat ini bersifat khusus untuk setiap tahap kanser dan spesifik untuk setiap jenis kanser yang dialami.

Cuba amalkan ayat-ayat di atas dan yakin dengan sepenuh hati bahawa yang akan menyembuhkan penyakit adalah Allah SWT. Wallahu a’lam

www.islamituindah.info

Add Comment