DUGAAN BERTIMPA USTAZ WADI DIA BAWAH TAHAP KRITIKAL .. BEG BIMBIT PULA HILANG MASA KEMALANGAN (6GAMBAR)

Taiping : Pendakwah terkenal, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau dikenali Ustaz Wadi Anuar, 35, dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, hari ini bagi menjalani rawatan lanjut.

Beliau dilaporkan masih berada di bawah tahap kritikal selepas terbabit dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bersama tiga penceramah agama lain di KM200.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), kelmarin.

Apa yang paling sedih juga Beg Bimbit milik nya telah hilang semasa kemalangan, mengikut Ustaz Yaakub Yusra dia menyeru sesiapa yang terambil beg bimbit tersebut dapat memulangkan kepada Ustaz Wadi atau boleh mesej diri nya.

Ustaz Wadi lebih memerlukan dokumen didalam beg tersebut jika orang yang mengambil nya memerlukan wang yang ada didalam ambil lah kata nya janji beg dan dokumen didalam beg tersebut dapat dipulangkan.

Kesihan Ustaz Wadi sudah lah ditimpa musibah lagi tertambah dugaan untuk nya dengan apa yang berlaku.

Turut parah dalam nahas itu, Mohd Murtadzo Mohd Yusoff, 31, yang sehingga kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Sementara dua lagi penumpang iaitu, Muhd Hambali Zulkifli, 28, serta ayah kepada Mohd Murtadzo, Mohd Yusoff Ahmad, 62, telah dibenarkan keluar hospital, semalam selepas hanya mengalami cedera ringan.

Ustaz Mohamad Yaakub Yusra, 27, adik kepada Ustaz Mohd Murtadzo, berkata, Ustaz Wadi Anuar memerlukan rawatan lanjut bagi mengesan kemungkinan berlakunya pendarahan selepas difahamkan keluar cecair di hidung dan mulut, lewat petang semalam.

Sementara abangnya, masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan.

“Harapan sekarang semoga kedua-dua ustaz terus diberikan kekuatan, kita doakan semuanya dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi.

Add Comment