Inilah 11 Nasihat Penting Untuk Mereka Yang Berumur 40 ke Atas, Jangan Abaikan

AMAI tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. ALLAH SWT. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Ini ada beberapa nasihat yang baik kepada mereka yang mencecah 40 tahun yang boleh dipraktikkan. Lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.

1. Nasihat pertama

Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun untuk lancar perjalnan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

2. Nasihat kedua

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

3. Nasihat ketiga

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

4. Nasihat keempat

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

5. Nasihat kelima

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

6. Nasihat keenam

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

7. Nasihat ketujuh

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

8. Nasihat kelapan

Banyakkan bergurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

9. Nasihat kesembilan

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

10. Nasihat kesepuluh

Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke jalan fisabillilah semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak.In syaa Allah..

11. Nasihat kesebelas

Makanlah makanan sunnah .Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang.Ingatlah orang yang tersayang..Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..

Add Comment