Johor Larang Datuk Hassan Din Beri Ceramah

Tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din, kini dilarang menyampaikan ceramah di negeri Johor. Ia susulan arahan pihak berkuasa agama Johor yang melarang adik kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din itu menyampaikan ceramah agama.

Datuk Hassan berkata, beliau mengetahui larangan itu sebaik sahaja tiba di Johor Sabtu lalu, yang sepatutnya menjalankan program ceramah dua hari di Pontian dan dua hari di Muar. Katanya, perkara itu dimaklumkan pihak masjid, selepas mendapat arahan daripada pihak Majlis Agama Islam Johor.

“Tiba-tiba saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan berceramah,” katanya kepada kepada sebuah portal.

Terdahulu, Johor mengharamkan dua penceramah, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharim.

Larangan itu dikeluarkan Johor berikutan pandangan mereka boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.

Sumber: Ismaweb.net

Dipetik di FB Ustaz Ahmad Fairoz Daud

BACA: Seorang Syahid Terkena Tembakan Tentera Rejim Israel
Dengan ini dukacita dimaklumkan, yang saya kasihi ayahanda Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz sudah disenarai hitam daripada memasuki negeri Johor menyampaikan pengajiannya.

Kami menerima khabar ini beberapa minggu lalu tetapi merasakan mungkin ada kesilapan namun setelah mendapat maklumat daripada sumber terpercaya maka sohihlah berita ini. Tak larat nak tabayyun dah bang….

Lagi pula sudah beberapa program melibatkan beliau terpaksa dibatalkan minggu ini. Alasannya? Sebaiknya bertanya pihak yang lebih berautoriti.

Saya memaklumkan di sini bukan kerana mahu mencipta kekecohan namun agar semua yang sudah menjemput dan hubungi saya untuk menjemput al Fadhil Datuk Seri bolehlah siap2 mencari pengganti yang diredhai pihak berwajib.

Usah dibuat cerita saya mahu burukkan institusi agama. Di sana ramai sahabat dan kawan2 saya. Mereka juga kenali saya. Ada ketikanya kami bertemu. Jika ada yang sakit kami ziarah menziarahi.

BACA: McDonald’s Malaysia nafi beri bantuan kepada Israel
Kenyataan saya berhubung isu Datuk Seri Abu Hassan Din adalah agar jelas pada pihak2 yang sudah menjemput dan juga mahu menjemput beliau di Johor kerana saya sudah hilang nombor2 mereka disebabkan telefon saya pecah tempoh hari.

Tiada isu juga mahu dahului mereka kerana arahan larangan membenarkan ceramah Datuk Seri memang sudah keluar di beberapa tempat cuma masalahnya tidak rasmi sahaja mungkin. Hanya yang terlibat sahaja tahu.

Sebenarnya ramai yang di gam begitu namun tiada senarai rasmi . Contohnya isu Ustaz Haslin Bahrin, mungkin ramai baru tahu ketika ini namun kami sudah tahu sejak dua tahun lalu.

Jadi kami memaklumkan agar pihak2 yang nak menjemput tak perlu susah2.

Moga ALLAH rahmati kita semua.

‘Ustaz Bollywood’ Haslin Baharim, Ismail Menk dilarang masuk Singapura

SINGAPURA: Kementerian Dalam Negeri Singapura (MHA) tidak akan membenarkan Ustaz Haslin Baharim untuk memasuki republik ini.

Seorang lagi yang tidak dibenarkan ialah Ismail Menk.

Keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Lembaga Pelancongan Singapura dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.
Dalam kenyataan di laman Webnya, MHA berkata telah datang ke pengetahuan kerajaan, mereka terlibat berceramah di atas kapal kruis yang berlepas dan berakhir di Singapura dari 25 hingga 29 Nov lalu.

Ismail Menk dan Haslin sebelum ini ditolak permohonan Pas Kerja Pelbagai mereka bagi berceramah di Singapura, katanya.

Menurut kementerian itu, Ismail Menk diketahui berceramah ajaran yang memisah dan memecah belah.

“Sebagai contoh, beliau berceramah bahawa adalah menjadi dosa besar dan jenayah bagi seorang Muslim untuk mengucapkan kepada bukan Islam Selamat Hari Krismas dan Selamat Deepavali, yang secara ringkas orang Islam tidak dibenarkan mengucapkan perasaan gembira semasa perayaan agama orang bukan Islam,” katanya.

Haslin pula telah melahirkan pandangan yang menggalakkan ketidak harmonian antara orang Islam dan bukan Islam yang beliau sifatkan sebagai ‘menyeleweng’.

Pandangan memecah belah seperti itu menyemai amalan tidak bertolenrasi dan eksklusif yang boleh merosakkan keharmonian dan menyebabkan masyarakat berpecah, kata kementerian tersebut.

MFA berkata kedua-duanya tidak boleh diterima dalam konteks masyarakat berbagai bangsa dan agama Singapura.

— BERNAMA

Add Comment