Keadaan Ustaz Murtadha agak serius dan kritikal, masih di ICU.

SHAH ALAM – Umat Islam diseru untuk terus mendoakan empat guru agama yang terbabit kemalangan semalam,agar kembali sembuh dan diselamatkan oleh ALLAH daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, perkembangan terbaharu menyaksikan salah seorang daripada guru agama itu berada dalam keadaan serius.

“Kini saya dimaklumkan bahawa keadaan Ustaz Murtadha agak serius dan kritikal, masih di ICU.

“Sementara Ustaz Wadi Anuar dalam keadaan stabil dan Ustaz Hanbali serta ayahanda Ustaz Murtadha sedang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Daerah Taiping,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Empat guru agama terbabit kemalangan]

Semalam, Sinar Harian melaporkan empat guru agama termasuk seorang tokoh penceramah terkemuka cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kejadian kemalangan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di sini lewat petang semalam.

Dalam kejadian jam 7 petang, kesemua mangsa yang menaiki sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina dipercayai terbabas ke bahu jalan, menyebabkan dua daripada mereka cedera parah, manakala dua lagi cedera ringan.

Empat mereka salah seorangnya merupakan tokoh penceramah agama terkemuka, Ustaz Wadi Anuar turut menaiki kenderaan itu bersama tiga individu lain iaitu Ustaz Murtadzha Yusof, Ustaz Hambali Zulkifli dan ayah kepada Ustaz Murtadzha sendiri.

Dalam pada itu, Nasrudin yang mewakili rakan-rakan pimpinan dan ahli Pas turut mendoakan keselamatan dan keafiatan mereka.

“Semoga mereka kembali sembuh dan aktif semula menyampaikan dakwah serta membimbing ummah ke jalan yang di redai oleh ALLAH .

Semoga para asatizah kita yang terlibat dalam kemalangan tersebut dan juga ahli keluarga mereka tabah dan sabar menghadapi dugaan ini,” katanya.

Add Comment