Keluar cecair di hidung, mulut: Ustaz Wadi dipindahkan

AIPING – Pendakwah terkenal, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau dikenali Ustaz Wadi Anuar, 35, dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, hari ini bagi menjalani rawatan lanjut.

Beliau dilaporkan masih berada di bawah tahap kritikal selepas terbabit dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bersama tiga penceramah agama lain di KM200.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), kelmarin.

[ARTIKEL BERKAITAN: Empat guru agama kemalangan: Beg udara tak berfungsi]

Turut parah dalam nahas itu, Mohd Murtadzo Mohd Yusoff, 31, yang sehingga kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

Sementara dua lagi penumpang iaitu, Muhd Hambali Zulkifli, 28, serta ayah kepada Mohd Murtadzo, Mohd Yusoff Ahmad, 62, telah dibenarkan keluar hospital, semalam selepas hanya mengalami cedera ringan.

Adik kepada Mohd Murtadzo, Mohamad Yaakub Yusra, 27, berkata, Ustaz Wadi Anuar memerlukan rawatan lanjut bagi mengesan kemungkinan berlakunya pendarahan selepas difahamkan keluar cecair di hidung dan mulut, lewat petang semalam.

Sementara abangnya, masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan.

“Harapan sekarang semoga kedua-dua ustaz terus diberikan kekuatan, kita doakan semuanya dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi.

AIPING – “Saya dimaklumkan ketika kejadian jalan licin, kedua-dua beg udara pula tidak berfungsi menyebabkan mereka yang duduk di bahagian hadapan alami cedera yang agak teruk terutama di bahagian kepala,” kata Mohamad Yaakub Yusra Mohd Yusoff, 27, adik kepada Mohd Murtadzo, seorang daripada empat mangsa nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM200.9 Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), semalam.

Kejadian berlaku sekitar jam 7.04 malam itu menyebabkan Mohd Mustadzo, 31, yang memandu kenderaan dan pendakwah terkemuka, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau dikenali Ustaz Wadi Anuar, 35, yang duduk di bahagian penumpang hadapan parah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Empat guru agama terbabit kemalangan]

Dua lagi penumpang iaitu, Muhd Hambali Zulkifli, 28, serta ayah kepada Mohd Mustadzo, Mohd Yusoff Ahmad, 62, mengalami cedera ringan.

Mohamad Yaakub berkata, sehingga lewat petang tadi, keadaan kedua-dua penceramah itu dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal.

Katanya, tempurung kepala sebelah kanan milik abangnya disahkan hancur dan dia masih perlu menjalani satu lagi pembedahan selepas mendapati adanya kesan darah beku di bahagian otak kiri.

Sementara Ustaz Wadi Anuar yang patah bahu mengalami pendarahan di hidung dan mulut, meskipun telah sedar namun masih diletakkan di bawah zon kritikal.

Keadaan MPV yang terbabas menyebabkan Ustaz Mohd Murtadzo dan Ustaz Wadi Anuar mengalami parah di kepala sementara dua yang lain, cedera ringan.
“Pembedahan ini memang ada risikonya, namun seluruh ahli keluarga reda dengan ujian dan ketentuan ini.

“Kami pihak keluarga memohon orang ramai berdoa dan minta ALLAH beri kemudahan untuk kesembuhan ke atas Ustaz Mohd Murtadzo dan Ustaz Wadi Anuar,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas mohon doa daripada semua]

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mereka semua dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, Kedah.

Kesemua mereka sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 2 petang selepas pulang dari Acheh, Indonesia.

Ustaz Wadi Anuar terkenal di laman Youtube dan Facebook dengan gaya ceramahnya yang bersahaja hingga tertubuhnya Ustaz Wadi Annuar Fans Club.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kenderaan dinaiki empat lelaki dalam perjalanan ke arah Utara itu didapati terbabas sendiri ke bahagian kiri laluan.

Katanya, tiada tangkapan dilakukan, namun siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu dan kesemua penumpang dikejarkan ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Add Comment