Khasiat Daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass (SSG

Anda mungkin tidak mengetahui tumbuhan hiasan yang selama ini ditanam di kawasan rumah sebenarnya adalah pokok herba yang kaya dengan pelbagai khasiat.Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman.

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

Daun belalai gajah turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.

Daun Belalai Gajah juga mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Berjaya Hilang 10KG Dalam Masa Dua Bulan Dengan Hanya Minum Jus Epal Dan Peria Katak

Berjaya Hilang 10KG Dalam Masa Dua Bulan Dengan Hanya Minum Jus Epal Dan Peria Katak

Semua orang inginkan badan yang lansing dan menarik, tetapi untuk menurunkan berat badan bukanlan sesuatu perkara yang mudah yang boleh dicapai dalam masa yang singkat tanpa usaha dan kesabaran yang tinggi.

Menerusi perkongsian dari facebook Norafiza Mahmud, wanita ini berkongsi mengenai dia menggunakan dua bahan sahaja untuk menurunkan berat badan yang boleh mencapai 10KG dalam masa dua bulan tanpa perlu mengambil pil-pil kurus yang membahayakan kesihatan. Mari kita baca perkongsian bermanfaat ini.

# Tips Turun 10KG Dalam Masa Dua Bulan

Kau orang betul ke nak diet ni? Nak betul-betul hilang 10kg dalam masa 2 bulan bukan senang tau. Ini game diet ganas! Betul boleh bawak ke?

Peria katak lebih dekat dengan anti penuaan dan kesihatan dalaman. Memandangkan diet cara aku adalah diet sihat, kurus dan muda remaja. Jadi, bahan asas diet cara aku merangkumi dari segala bahan yang memberi kesihatan dalaman dan luaran.

Kredit: Norafiza Mahmud
Sebiji epal hijau ada lebih kurang 80 kalori sahaja. Kau orang cuba konsistan dengan diet epal untuk menurunkan 2kg berat dalam masa seminggu sebab, epal boleh mengawal nafsu makan kita secara konsistan sekiranya kau orang konsisten dengan pengambilan jus epal dalam diet harian.

# Menu Diet Ni Boleh Hilangkan Berat Badan Kau Orang 2kg Seminggu.

Pagi : Jus epal + Telur setengah masak

Lunch : Ikan + Sayur

Jus epal + Peria katak

Petang : Jus epal + Peria katak.

Aku risau pulak tengok kau orang, risau pancit tengah jalan. Sudahnya, aku kurus sorang-sorang.hahaha.

Ok, siapa yang ON diet dengan aku komen “Yes”.

Aku nak happy la sikit kalau ramai geng diet. Bukan apa, seronok tengok kau orang berjaya memikat suami sendiri, bukan suami orang.hihihi.

Kali ni menu kita lain sikit, menu ni boleh digunakan untuk kau orang yang cuba-cuba nak diet waktu menyusukan atau selepas.

Peria katak ni pahit sikit, sebab itu aku jadikan epal bahan asas untuk diet.

# Cara-cara:

Kredit: Norafiza Mahmud
Sebiji epal + separuh peria katak

Blend dan tak perlu tapis tau

Sebab kita nak ambik serat dia

Serat dia banyakkan, mampu membuatkan perut kau orang kenyang gila-gila.

Macam biasa, diet aku adalah diet sihat dan kurus dan kulit yang cantik. Arrrrr, pakej terus diet aku ni. Mampu?

Kalau haritu, epal dengan timun. Yang ini epal dengan peria katak ok. Mula-mula kau orang minum memang tekak rase tak boleh terima. Tapi, bila dah di amalkan selalu jadi sedap!

Pejam mata, tutup hidung!

Sumber: Norafiza Mahmud, siakapkeli via sehinggit.blogspot.my

Add Comment