MAAFKAN PAPA SAYANG .. SUAMI GURU MAUT ANAK CEDERA MPV BERTEMBUNG TRELER (6GAMBAR)

Mersing : Seorang kakitangan ILP Mersing maut manakala anak nya cedera MPV yang dipandu nya bertembung dengan treler dalam kejadian di kampung Gajah mati Mersing pagi tadi.

Laporan awal MPV jenis Nissan Serena yang dipandu Ahmad Azham Muhammad telah bertembung dengan treler yang menyebabkan dirinya tersepit ditempat duduk hadapan MPV tersebut.

Seorang kanak-kanak lelaki berpakaian sekolah dipercayai anak mangsa cedera diselamatkan orang ramai yang berada ditempat kejadian.

Mangsa yang maut merupakan suami seorang guru iaitu Cikgu Haj Hafizah Mohd Irani, apa yang berlaku mengudang pilu mangsa mungkin dalam perjalanan menghantar anak kesekolah.

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, sayu melihat mangsa yang terbaring dijalan dengan berlumur darah kecederaan dibahagian muka dan dada.

Semoga Cikgu Haj Hafizah tabah dengan apa yang berlaku dan anak nya kembali pulih, pasti trauma dengan apa yang menimpa nya. Al fatihah.

Add Comment