Pesan Dr Hamid Arshat Buat Kaum Wanita, Bila Kitaran Haid Terganggu Waspada Dengan 8 Perkara Ini

Sebenarnya apabila wanita mengalami gangguan kitaran haid setiap bulan, ia mungkin menunjukkan petanda kepada sesuatu penyakit yang sedang dihadapi.Menurut perkongsian oleh Doktor Pakar Sakit Puan, Dato’ Dr. Hamid Arshat terdapat 8 perkara yang kaum wanita perlu berwaspada yang mungkin menjadi punca kitaran haid terganggu.

Berikut merupakan antara perkongsian ilmu daripada beliau sebagai rujukan;
Pusingan haid yang teratur melambangkan kesuburan, kewanitaan dan kesihatan. Berbagai gejala dan penyakit boleh menimbulkan gangguan haid. Diantaranya ada yang merbahaya dan mengancam kesihatan seperti Kanser Pangkal Rahim (cervix), Kanser Ovari atau Rahim.Sebahagian besar disebabkan oleh gangguan hormon dan juga berbagai-bagai tumbuhan bukan kanser seperti Fibroids, endometriosis dan ovarian cysts.

Walau demikian wanita perlu berwaspada bila timbul gangguan-gangguan berikut:

1. Perdarahan Selepas Hubungan Kelamin
Ia dianggap sebagai tanda Kanser Pangkal Rahim. Walau demikian ada punca-punca lain seperti cervical erosion, jangkitan kuman dan cervical fibroids dan polyp.Wanita perlu periksa faraj dan buat ujian Pap smear.

2. Perdarahan Selepas Putus Haid
Ini satu tanda Kanser Dalam Rahim. Lain-lain punca, kekurangan hormone estrogen, fibroid dan polyp.Periksa peranakkan dan buat vaginal scan, buat pap smear dan juga diagnostic D&C.

3. Perdarahan Haid Terlalu Banyak & Berpanjangan (Menorrhagia)
Punca utama tumbuhan fibroid, adenomyosis, endometrial hyperplasia Dan polyps. Perlu buat vaginal scan.Rawatan dengan bedah D&C, buang Fibroids atau buang rahim.Pengambilan Ubat hormone, norethisterone (norculut) boleh membantu.

4. Sakit Senggugut
Sering disebabkan oleh endometriosis dan adenomyosis. Menimbulkan masalah kesuburan dan keguguran serta kesakitan.Perlu buat vaginal scan. Bagi gadis buat scan perut.

5. Haid Tidak Teratur
Jarak antara haid 3 hingga 6 bulan atau lebih. Sering disebabkan olih PCOS, ovari bengkak dan tidak subur. Sering berlaku pada wanita gemuk.Gangguan utama ialah sukar hamil, keguguran,perdarahan banyak dan berpanjangan.Perlu rawatan khusus dan kuruskan badan.

6. Tidak Datang atau Lewat Datang Haid
Punca utama ialah kehamilan. Langkah pertama buat ujian kehamilan UPT. Buat vaginal scan untuk pengesahan.Lain-lain punca ialah gangguan hormon akibat stress atau masuk umur empat puluhan. Mungkin hampir menopause.

7. Tidak Datang Haid Melebihi 6 Bulan
Satu tanda menopause bagi mereka berumur sekitar 50an. Atau premature menopause bagi mereka dibawah 40 tahun.Bagi mereka yang berhenti haid dalam umur 20an dan awal 30an , mungkin sebabkan ovarian failure, iaitu telur dan hormone telah tandus.

8. Tiada Datang Haid Pada Gadis Berumur 20 tahun
Mungkin disebabkan tiada rahim atau pangkal rahim atau faraj. Ini cacat kogenita, iatu sejak lahir tidak sempurna peranakannya.

Semoga bermanfaat & kongsikan ilmu ini buat wanita lain juga.

Firasat Apabila Telinga Kanan Atau Telinga Kiri Berdesing / Berdengu
Menurut riwayat Ibnu Sunni, bahawa NABI MUHAMMAD s.a.w bersabda

“BARANG SIAPA BERDESING TELINGANYA HENDAKLAH IA MENGINGATIKU DAN BERSELAWATLAH KEPADA AKU.SELEPAS ITU HENDAKLAH IA BERZIKIR DENGAN ZIKIR ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR”
(RUJUK AL-AZAKAR: 133)

Kejadian telinga berdesing memang sering terjadi sebab itu NABI MUHAMMAD s.a.w mengingatkan kepada sesiapa yang telinganya berdesing atau berdengung supaya berselawat kepadanya dan membaca doa:

ZAKARALLAHU MAN ZAKARNI BI KHAIR

yang bermaksud

“ALLAH S.W.T MENGINGATKAN ORANG YANG MENGINGATI AKU DENGAN KEBAIKKAN.”

Kalau berdasarkan keterangan di atas dapatlah kita fahami bahawa kejadian telinga berdesing merupakan suatu isyarat dan peringatan dari ALLAH s.w.t kepada sesiapa yang dikehendakinya.Apakah isyarat dan peringatan yang hendak disampaikan oleh ALLAH s.w.t, itu tidak dapat kita kenal pasti kecuali bagi orang yang sentiasa mengamati dengan pengalamannya.

Firasat telinga berdesing .

TELINGA SEBELAH KANAN

Antara pada jam 06-07 pagi
bermakna akan mendapat kabar buruk.

antara jam 07 – 08 pagi
bermakna akan difitnahkan orang yang menjadikan guncingan orang.

antara jam 08 – 09 pagi
bermakna akan merancang utk berjalan jauh, samaada bersendiriran atau bersama orang lain.

antara jam 09 – 10 pagi
bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga.

antara jam 10 – 11 pagi
bermakna akan ada penghalang dari rencana perjalanan anda sebaiknya ditunda atau dibatalkan dulu.

antara jam 11 – 12tgh
bermakna akan ada khabar yang kurang menyenangkan yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu dekat.

antara jam 12.00 tgh – 1.00petang
bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita lama.

antara jam 1.00 – 2.00petang
bermakna akan ada ajakan makan-makan.

antara jam 2.00 – 3.00petang
bermakna akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu dekat.

antara jam 3.00 – 4.00petang
bermakna akan ada berita dari keluarga yang entah itu yang menyenangkan atau menyedihkan.

antara jam 4.00 – 5.00petang
bermakna akan ada perjalanan jauh yang akan anda lakukan dalam waktu dekat.

antara jam 5.00 – 6.00petang
bermakna anda sedang menjadi perbualan banyak orang.

antara jam 6.00 – 7.00petang
bermakna akan ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda.

antara jam 7.00 – 8.00malam
bermakna akan mendapat berita buruk dari kalangan sendiri.

antara jam 8.00 – 9.00malam
bermakna akan ada keberuntungan yang besar untuk anda.

antara jam 9.00 – 10.00malam
bermakna akan ada yang mengancam anda.

antara jam 10.00 – 11.00malam
bermakna akan ada berita yang baik datang kepada anda.

antara jam 11.00 – 12.00tgm
bermakna akan ada seseorang yang jatuh cinta.

antara jam 12.00tgm – 01.00pagi
bermakna akan ada sesuatu wejangan yang diberikan oleh orang tua.

antara jam 01.00 – 02.00 pagi
bermakna akan ada perselisihan antara kerabat sendiri.

antara jam 02.00 – 03.00 pagi
bermakna segala perjalanan yang ada kerjakan akan selamat sampai tujuan.

antara jam 03.00 – 04.00 pagi
bermakna akan ada yang sesuatu yang hilang yang anda nilai sangat berharga.

antara jam 04.00- 05.00 pagi
bermakna akan ada sesuatu yang merugikan anda jika anda seorang pekerja anda akan diberi peringatan dari pimpinan.

antara jam 05.00- 06.00 pagi
bermakna akan ada orang yang akan mencelakakan anda.

TELINGA SEBELAH KIRI

Antara jam 06.00 –07.00 pagi
bermakna akan ada tamu yang menguntungkan dalam waktu dekat.

antara jam 07.00 –08.00 pagi
bermakna akan melakukan perjalan jauh dalam waktu dekat.

antara jam 08.00-09.00 pagi
bermakna akan kedatangan keluarga dekat.

antara jam 10.00-11.00 pagi
bermakna akan selamat dalam perjalanan yang akan datang.

antara jam 11.00-12.00 tgh
bermakna akan kedatangan keluarga dari seberang lautan.

antara jam 12.00 tgh -1.00 tgh
bermakna akan terserang penyakit dalam waktu dekat.

antara jam 2.00 –3.00petang
bermakna akan kedatangan tamu.

antara jam 3.00 – 4.00petang
bermakna akan bepergian jauh baik beurusan usaha atau urusan kerja, sendiri atau bersama-sama.

antara jam 5.00 – 6.00petang
bermakna dalam waktu dekat akan mendapat keuntungan besar bagi usaha dagang yang dirintis dan dalam waktu dekat akan naik pangkat bagi pekerjaan.

antara jam 7.00 – 8.00 malam
bermakna akan menerima pernyataan cinta dari seseorang dalam waktu dekat ini.

antara jam 9.00 – 10.00 malam
bermakna akan menerima undangan perkawinan dari teman dekat.

antara jam 10.00 – 11.00malam
bermakna akan kedatangan pencuri.

antara jam 11.00 – 12.00 malam bermakna akan menghadapi penghalang dalam mengurus perkara yang sedang dihadapi.

antara jam 12.00tgm – 01.00pagi
bermakna semua cita-cita akan yang direncanakan akan segera tercapai

antara jam 01.00 – 02.00pag.
bermakna akan menerima khabar yang sangat menyenangkan.

antara jam 02.00 – 03.00pagi
bermakna akan ada perseteruan dalam keluarga.

antara jam 04.00 – 05.00pagi
bermakna and akan mendapat usaha pekerjaan baru.

Add Comment