Viral Vedio Pak CIk Ini Di ‘Fitnah’ Cuba Meraba. Allah Maha Kaya, Ustaz Ebit Lew Cerita Siapa Sebenarnya Pak Cik Ini.

Ya Allah sedih betul baru tahu pasal pakcik difitnah dalam train. Kali ni memang silap siapa viralkan ini. Saya kenal terlalu rapat dengan pakcik tu… Syukur Ramesh saksi kejadian cerita hal sebenar.. bagitahu semua tu fitnah..cuba orang tuduh bapa atau mak kita. Viralkan gambar macam tu..tak fikir langsung. Orang tu ada keluarga..malukan macam tu..

Pakcik Tu Baik, Saya Nak Cari Siapa Yang Buat Fitnah

Allah Maha Kaya..tuan puan nak tahu tak saya bila tengok gambar tu terus cari videonya. Pakcik tu baik.. dia tak nak kejut perempuan tu tidur….jubah dia tertindih oleh perempuan tu yang tidur tersengguk-sengguk. Dia tahan dengan kakinya. Dia resah..nyerlah jaga-jaga….. saya nak cari siapa yang buat fitnah tu. Saya nak nasihat dia.. Sebab pakcik tu saya sangat kenal rapat dari umur 12 tahun sejak mula-mula dekat dengan dakwah dan belajar benar-benar kenal Allah…

Anak-anaknya Semuanya Sahabat Saya

Anak-anaknya semua sahabat saya. Semua anaknya daie. Pelajar cemerlang universiti dan daie besar. Sifat anaknya macam ayahnya. Saya selalu cerita kisah hidup keluarganya dalam ceramah saya..

Siapa Sebenarnya Pak Cik Ini..

Beliau pencen pegawai besar tau..kini menghabiskan hidup khidmat dengan masjid dan dakwah. Naik komuter jer ke sana sini buat dakwah jauh-jauh dalam keadaan uzur..Saya kenal rapat dengannya. Kami sama-sama berdakwah kawasan pedalaman. Habis semua kampung asli kami pergi sama-sama.. Haji tadi pukul 3 pagi dan bangun solat menangis. Jika tuan puan nak tahu jika haji tadi berdoa selepas ceramah,semua orang menangis sekali..Keluarga mereka bahagia. Semua anaknya suka khidmat basuh tandas masjid.

Anak sulungnya pelajar cemerlang anugerah dekan di sebuah universiti. Habis terus berdakwah sehingga luar negara. Saya masih teringat sifat dan akhlaknya. Balik dari situ beliau bersama saya dan kawan lain yang masih muda. Takdir Allah beliau meninggal mati syahid dalam usia muda sebab dalam perjalanan dakwah berlanggar lori. Anaknya pukul 3 pagi dah bangun tahajud. Sama sifat macam ayahnya.

.
Pakcik tadi bukan calang-calang orang..dari muda saat belajar di universiti buat dakwah sampai kini usianya yang lanjut..saya sayang beliau kerana Allah..

Ya Allah siapalah tergamak buat khianat macam ni…saya nak jumpa..ampun ya Allah..siapalah yang buat begini..semoga Allah beri hidayah padanya..saya sumpah dia dan seluruh keluarganya jadi baik dan berubah. Siapa terlibat fitnah pakcik baik cepat minta maaf dan bertaubat. Nanti kat akhirat tak lepas. Dosa fitnah ini lebih besar dari membunuh…Janganlah sakiti atau fitnah orang tak buat salah. Aibkan macam tu..orang baik dan tak salah pula…-ebitlew

Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Share to Pinterest

Add Comment