YA ALLAH!!! Petanda Nyata Hari Kemusnahan Kita Dah Dekat!!! Hujan batu landa Madinah [VIDEO]

PENDUDUK Madinah serta kawasan sekitarnya dikejutkan dengan ribut membawa hujan batu semalam, yang menyebabkan kemalangan jalan raya serta kerosakan lain, termasuk kereta.

Pihak berkuasa juga terpaksa menutup sekolah dan kolej berikutan hujan batu yang saiznya lebih besar berbanding bola golf.

Pengguna media sosial turut berkongsi video menunjukkan hujan batu di laluan pejalan kaki dan cermin kenderaan di Madinah yang rosak akibat terkena ketulan ais itu.

Satu video menunjukkan seorang lelaki di Madinah memegang beberapa bola ais yang merosakkan bumbung suria keretanya.

Selain Madinah, beberapa wilayah di Arab Saudi turut terjejas dengan cuaca buruk, termasuk Makkah, Dawadmi dan Al-Baha.

Arab News melaporkan, hujan batu yang lebat itu menyebabkan pihak berkuasa di sebahagian negara itu menutup sekolah dan kolej untuk memastikan keselamatan pelajarnya.

Pihak Berkuasa Meteorologi Arab Saudi memberitahu, cuaca buruk termasuk ribut petir, ribut pasir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa wilayah di Arab Saudi.

Dalam tempoh beberapa hari lagi, jarak penglihatan akan berkurangan di wilayah timur dan bahagian selatan Riyadh dan seluruh Najran.

Tambahnya, suhu juga dijangka menurun di bahagian utara dan tengah negara itu.

MADINAH, 9 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Beberapa kenderaan milik orang awam dilaporkan mengalami kerosakan akibat fenomena hujan lebat dan hujan batu di Madinah, semalam.

Menurut laporan Saudi Gazette, Jabatan Meteorologi dan Perlindungan Alam Sekitar di negara itu telah mengeluarkan amaran dan menggantung sementara aktiviti persekolahan hari ini.

Hujan berterusan sejak petang semalam turut menjejaskan beberapa kawasan lain, termasuk Makkah, Dawadmi dan Al-Baha.

Hujan lebat turut melanda kawasan Dammam dan sekitarnya, termasuk Al-Khobar, Qatif, Ras Tanura, Jubail, Khafji dan Hafr Al-Batin.

Sementara di Jeddah dan Riyadh mengalami cuaca mendung semalam, namun jurucakap Pertahanan Awam Riyadh, Muhammad Al-Hammadi meminta orang ramai mematuhi arahan keselamatan serta garis panduan yang ditetapkan.- Agensi

Add Comment