ZIKIR DAN AMALAN HARI JUMAAT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Jumaat dan Selamat pagi ^^

Hari jumaat adalah penghulu segala hari , hari yang banyak diberi pahala jika melakukan sesuatu lillahi ta’alaa . Hari jumaat juga dikenali sebagai ” sayyidul ayyam ” kerana pada hari ini kaum adam diseru untuk melakukan solat jumaat sebagai ganti solat zohor , *Ah!solehh,pergiSolatJumaat* . Dalam firman Allah ( Surah Al-Juma’ah : 9 )
” Wahai orang-orang yang beriman , apabila kamu diseru untuk melaksanakan solat pada hari jumaat , maka bersegeralah mengingati Allah dan tinggalkanlah jualbeli dam itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui ”

Antara amalan-ii yang baik dilakukan pada hari jumaat adalah :-
– Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah .
– Membaca Surah Al-Kahfi
– Memakai pakaian sunnah ( Jubah , Serban , Kopiah )
– Hadir awal ke masjid
– Memotong kuku , kiri kanan , tangan dan kaki .
– Membaca Al-Quran
– Memperbanyakkan amalan sunnah .
– Memperbanyakkan Zikruallah .
” : ( yaitu ) orang-oramg yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah , dengan hanya mengingati Allah , hati menjadi tenteram ”
( Surah Ar-Ra’d : 28 )
– Banyakkan berdoa pada hari Jumaat .

Rasulullah bersabda
“ Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa ta’ala itu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah , pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat ”.
( HadisRiwayatIbnuMajah )

Amalan sunat pada hari jumaat sering diabaikan oleh kita kerana kesibukan kita dalam melakukan tugasan dan aktiviti harian.

Sedangkan terdapat banyak sekali kelebihan amalan sunat ini yang telah tercatit di dalam Al Quran dan Hadis.

Jadi disini kami akan cuba senaraikan kembali amalan sunat yang boleh dilakukan khususnya pada hari jumaat.

#1 Membersihkan diri dengan mandi, bersugi, memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang ”.

[Riwayat al-Bukhari]

#2 Membaca surah Al Kahfi

baca surah al kahfi pada hari jumaat

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat”. [Riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi, dan al-Hakim]

#3 Memendekkan khutbah dan memanjangkan solat

“Sesungguhnya lamanya berdiri solat seorang lelaki dan pendeknya khutbah yang dibacanya adalah petanda kemahiran ilmu fiqhnya (mendalam pengetahuan agamanya). Maka hendaklah kamu memanjang solat dan memendekkan bacaan khutbah!” [ Riwayat Muslim]

#4 Mendirikan solat sunat Ba’diyah Jumaat

Yang ini selalu orang miss sebab bila dah bagi salam je semua terus berpusu-pusu keluar dari masjid pulang ke rumah atau tempat pekerjaan masing-masing.

Daripada Abu Hurairah rahiallahu’anh, bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda:“Barangsiapa di antara kamu yang hendak bersolat, maka hendaklah bersolat empat rakaat sesudah solat jumaat”. [Riwayat Imam Muslim]

Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhuma, dia berkata:“ Rasulullah shallahu’alaihi wasallam bersolat dua rakaat sesudah (solat) Jumaat dua rakaat di rumahnya”. [Riwayat Imam al-Nasaei]

#5 Merebut peluang dan ruang yang dikatakan waktu mustajab doa pada hari Jumaat

waktu doa mustajab pada hari jumaat

Berdasarkan hadith Abu Hurairah radhiallahu’anh beliau berkata, Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuah 3/5-6)

Di dalam laman web beliau, Ustaz Zaharuddin telah memberi komentar tentang hadith ini:

“Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum’at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib”.

Selamat beramal dengan apa yang dikongsikan. Semoga Allah memberikan kita hidayah dan kekuatan untuk terus melakukan amal kebaikkan.

Artikel Yang Berkaitan :

Add Comment