Ar-Rasyid ( Yang Maha Bijaksana) : Amalan Zikir Setiap Hari

98. Ar Rasyhid
The Guide/ Infallible Teacher And Knower
Maha Cendekiawan / Yang Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin / Yang Memberi Petunjuk / Pembimbing Kepada Kebaikan / Pemimpin Ke Arah Kebenaran – Dialah yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.
.
Fadhilat Ar Rasyhid
Bagi menambah kecerdasan berfikir, asma ‘Ya Rasyhid’ dibaca setiap pagi dan petang.
Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah berzikir dengan ‘Ya Rasyhid’ ini sebanyak mungkin, InsyaAllah otak kita akan menjadi bertambah cerdas dan pantas berkerja.
Segala rancangan atau perjalanan tugas akan menjadi terang nyata samada dalam mimpi atau ilham jika dizikirkan ‘Ya Rasyhid’ 1,000 kali setiap hari
Sesiapa menyebut ‘Ya Rasyhid’ 1,000 kali di antara Maghrib dan Isyak, InsyaAllah segala kebuntuan dan kesusahannya akan hilang.
Sesiapa menzikirkan ‘Ya Rasyhid’ setiap hari, InsyaAllah akan berjaya dalam urusan kewangan dan selamat daripada sebarang kemalangan.

Wallahu A’lam bishowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Credit: Shafiqolbu.wordpless.com

 

Add Comment

nine − five =