Cara mudah untuk jaga tuala anda seperti tuala hotel

Tuala mandi adalah tempat pembiakan bakteria yang sering diabaikan oleh manusia. Walaupun kain itu mengering tetapi sebenarnya ia adalah tempat dimana segala sel-sel kulit mati, urin, kesan nasjis dan kuman-kuman lain berkumpul. Tuala mandi yang telah digunakan seharusnya dijemur sehingga kering ataupun terus dicuci. Ia seharusnya diganti setelah tiga kali digunakan jika tidak segala jenis bakteria akan terus beranak pinak pada tuala tuala tersebut.

Tuala mandi merupakan tempat yang paling strategik bagi kuman dan bakteria untuk bermastautin kerana mempunyai cukup kandungan air, suhu, oksigen, nilai pH dan makanan. malas cuci tuala mandi, kebersihan tuala mandi, kerap tukar tuala mandi, jaga tuala mandi, bersihkan tuala mandi, cuci tuala mandi

Selain itu, tubuh badan kita juga adalah pengantara yang terbaik dan paling sesuai sehinggakan hampir keseluruhan badan manusia sebenarnya ditumbuhi bakteria mikrob termasuk luar dan dalam.Sebahagian daripada bakteria, mikrob, sekresi dan puing-uing sel yang hidup dipermukaan kulit badan kita ini yang akan ikut melekat dan berkembang membiak pula di tuala.

Walaupun sebahagian bakteria mikrob itu tidak mendatangkan sebarang bahaya, adalah sangat tidak digalakkan untuk menggunakan tuala yang sama dalam tempoh waktu yang lama.Oleh disebabkan itu lah, kita tidak digalakkan untuk berkongsi tuala mandi dengan orang lain. Ia akan menyebabkan badan kita terdedah dengan pelbagai penyakit seperti bisul, jerawat atau sebarang infeksi lain. Jika mahu lebih selamat, rajin-rajin lah cuci dan tukar tuala mandi anda.

Selalunya kalau beli tuala baru mesti kita akan rasa tak selesa kan? Lap badan tapi rasa macam tuala tu tak serap air. Jadi kalau beli tuala baru, korang boleh ikut cara ini sebelum guna tuala baru tu. Jemurkan tuala di tempat yang ada cahaya matahari setiap kali selepas menggunakannya agar tiada bacteria yang dapat membiak pada Tuala mandi kita. Bagi menjaga kebersihan tuala, bersihlah tuala sekerap yang mungkin seperti tukar tuala setelah tiga kali penggunaan.

Untuk membasuh tuala, rendamlah tuala dengan sabun pencuci selama 30 minit bersama air suam untuk membunuh bacteria. Sebaiknya, rendamkan tuala berasingan dengan pakaian lain.Untuk bersihkan tuala yang baru beli, rendamkan tuala selama 1 jam bersama air suam, ½ cawan cuka dan ½ sudu garam halus dan bilas hingga warna dari tuala hilang sepenuhnya.

Jangan tergoda dengan warna kain tuala yang warna warni, kerana fungsi menyerap air adalah fungsi utama yang harus di beri perhatian.  Ada kain tuala yang murah elok, ada kain tuala yang murah tidak elok, ada kain tuala yang mahal elok dan ada juga kain tuala yang mahal tidak elok, jadi pilihlah secara bijak. Paling penting, gunalah banyak kain tuala agar kain tuala tidak cepat rosak. Petua Melembutkan Tuala: Gunakan 1 cawan cuka atau ½ cawan soda bikarbonat ketika melakukan bilasan terakhir ketika membasuh tuala. Langkah ini akan menyegarkan tuala yang kelihatan kusa