[Kisah Benar]“Semalam saya dan suami baru nak tidur, tengah-tengah baru nak panas badan tiba-tiba mak buka pintu. Tergamam saya dan suami.”

Saya ade cite nak kongsi ni… mule2 nak bagitau saya dah kawen dan ade 2 org anak… dan dalam satu rumah tu mak duduk sekali dengan saya.. dan adik sorang… sebab mak dah tak de ayah.. yang tu saya tak kisah la…

Yang menjadi problem sekarang mak ni tak tau nak hormat privacy anak menantu la. kadang2 saya jadi malu kat suami,.. ye la macam semalam saya dan suami baru nak tido dan faham2 je la min.. suami nak tuu saya kena la akur… tengah2 baru nak panas badan tibe2 mak buke pintu.. tergamam saya dan suami…

Ya Allah memang tak tau nak kate ape… selalu suami memang kunci pintu bilik tapi semalam lupe kot… mujur la dalam bilik saya tu lampu romantik gelap la… harap2 die tak nampak ape2 la semalam… sebab mak pun rabun…

Saya rase geram sangat dan malu pon ye… kenapa la mak ni sikapnye gitu… tak kan tak tau malu suke hati je buka pintu bilik orang dah berlaki.. lain la anak bujang…. kan…

So apa pendapat korang… waa tak dapat terima la semua ni. Sebelum ni pun mak memang tak pernah kisah privacy anak menantu. suka keluar masuk bilik anak menantu… berbeza dengan mak mertua sangat-sangat hormat privacy anak menantu mane yang boleh mane yang tak. Susah hati la mikir ni min..

Dipetik dari ustazlove.com,

Ustaz Love cuma nak ulas part akhir tu je.. wajarkah ibu bapa menyakitkan hati anak2?

” Seorang Muslim adalah dilarang menyakiti Muslim yang lain.. tak kira la menyakitinya dari sudut fizikal ke, mental ke.. juga tak kira la sama beliau itu saudara mara ke, kawan2 ke, orang asing ke.. juga kita dilarang menyakiti sesama manusia, haiwan dan tumbuhan tanpa sebab yg dibenarkan syarak.

Jika ibu bapa memang saja2 je nak menyakiti hati anak, sama la situasinya.. itu juga dilarang.. kecuali la kalau ibu bapa tak berniat pun nak sakitkan hati anak, tapi anak tu yg terlalu sensitif.. tegur sikit dah tecit hati.. terus keluar rumah la, masam muka dengan mak ayah la..

Dalam Islam, hak ibu bapa itu lagi besar daripada hak anak2.. maknanya, tahap ibu bapa itu lagi tinggi.. jika seorang anak membunuh bapanya, maka anaknya itu boleh dikenakan hukuman qisas (bunuh balas).. tetapi jika bapa membunuh anaknya, maka bapa itu tak dikenakan hukum qisas.. sbb bapa itu dikira usul (tunjang) keluarga..

Buat la baik mcm mana pun, ia langsung tak dapat menyamai kebaikan ibu bapa.. Jahat la ibu bapa macam mana pun, ianya tidak menghakis pengorbanan besar yg mereka telah lakukan terhadap anak2.

Jika kita sibuk memikirkan persoalan hati kita, pernahkah kita bayangkan persoalan hati ibu bapa? Kita bukan lahir2 1 2 jam dah boleh berjalan macam anak lembu.. ambil masa berbulan, baru bleh meniarap.. bertahun baru boleh berjalan.. bertahun juga baru bercerai susu dan lampin.. itu pun kerja dok terkencing atas tilam je masa mula2 belajar tak pakai pampers.

Siapa agaknya yg tolong basuhkan berak, cucikan pakaian dan tilam yg terkena najis anak2.. siapkan susu.. tak tido malam sbb anak2 menangis nak susu, nak ajak main dsb?

Ibu tak terasa hati pun dengan semua tu, walaupun beliau masih lagi lemah (sbb darah nifas masih keluar), tido tak tentu masa.. semua tu dilakukan dengan penuh kasih sayang.. anak berak pun dikatakan comel.. berapa lama agaknya masa kasih sayang itu berterusan?

Bila kita dah besar sikit (dan sepatutnya menggalas tanggungjawab untuk membantu mengurus rumah), kita selalu sakit hati dengan kata2 ibu dan bapa.. padahal mereka cuma berkata2.. mereka tak kencing kat baju kita..

mereka tak suruh pun kita basuh punggung mereka.. mereka tak kencing merata2 nak buat kita susah nak cuci.. mereka juga tak minta kita suapkan makanan, pakaikan lampin.. tolong buatkan susu tengah malam dsb..

Mereka cuma berkata2 je.. dan kebanyakan kata2 mereka itu memang betul dan kena tepat atas batang hidung kita.. itu yang buat kita tak puas hati.. sampai kita plak terasa nak membalasnya supaya ibu bapa sedar diri..

padahal sepatutnya yg kena sedar diri di sini adalah kita, bukan mereka.. sbb ibu bapa kedudukannya sangat tinggi, dan anak yg bertahap rendah ni tak payah la perasan dah cukup bagus untuk mengecilkan hati mereka.

Kalau bos bagi arahan kat pejabat, cepat je kita buat.. sbb kita sedar ‘tahap’ bos tu kat mana, ‘tahap’ kita ni kat mana.. Tapi kalau ibu bapa yg suruh dan bagi arahan, jangan kata nak buat, kita pertikaikan lagi.. kalau buat pun, dengan muka yg tak puas hati..

Kalau mak marah, apa salahnya kita diam dan dengar.. perangai mak2 memang macam tu.. Kadang2 kita tak tahu apa yg ditanggung oleh mak.. bila rumah tak kemas, mungkin ayah tengok dan marah kat mak.. sbb mak tak pandai nak urus rumah.. kita memang la tak tahu, sbb ayah marah mak dalam bilik.. jadi bila mak marah kita balik, memang padan la sbb yg buat sepah itu adalah kita sendiri.

Tak perlu nak kecik2 hati dengan mak.. jika betul kita sayangkan mak, kasih sayang itu lebih besar daripada rasa kecik hati kita.. mak buat apa pun, insyaAllah kita takkan terasa hati..

Bila mak marah, apa kata terus pergi peluk mak kuat2.. cakap kat mak “i love u”.. insyaAllah, akan terpadam la api kemarahannya.. dan mungkin beliau akan berkata : “Apa kao dah buang tebiat?”.. kihkih

Apa pandangan anda?

Add Comment

eighteen + nineteen =