TENANG LAH DISANA IBU AYAH .. RAMAI HADIR SEMASA JENAZAH 4 SEKELUARGA DISEMADIKAN (6GAMBAR)

Singapura : Dua beradik lelaki jadi yatim piatu sekelip mata apabila 4 sekeluarga nya dijemput ilahi tragis semasa bercuti di Port Dickson Malaysia pada hari khamis lalu.

Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam di Choa Chu Kang semalam sebaik jenazah 4 sekeluarga itu disemadikan, ratusan orang hadir memberi penghormatan terakhir buat 4 sekeluarga ini di Tanah Perkuburan tersebut.

Sebelum itu Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan jalan raya di sini semalam, telah dituntut anggota keluarga mereka di Hospital Port Dickson (HPD) dan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

Kesemua jenazah itu dituntut pada jam 5 petang ini sebelum dibawa balik untuk disemadikan di tanah perkuburan Islam di Choa Chu Kang, Singapura.

Seorang rakan kepada Rosli Samad, 54, penumpang yang maut dalam kemalangan itu, berkata arwah yang bekerja sebagai mekanik motosikal di negara itu datang ke sini untuk bercuti.

 

“Saya difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke Singapura semalam. Ini adalah khidmat bakti saya yang terakhir kepada arwah sebagai kawan dan saya telah mengenalinya hampir lapan tahun.

“Arwah mempunyai empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan tetapi kedua-dua anak lelakinya berusia lingkungan 20-an tidak mengikuti arwah bercuti ke sini,” katanya yang tidak mahu dikenali kepada pemberita di perkarangan rumah mayat HPD di sini, hari ini.

Beliau berkata jenazah Rosli dibedah siasat di HTJ manakala jenazah isteri dan dua anaknya di HPD.

Katanya, tiga buah van jenazah digunakan untuk membawa pulang jenazah empat sekeluarga itu ke Singapura.

Selain Rosli, turut maut ialah isterinya Maimunah Sapari, 51, dan dua anaknya Dayana Sarah dan Nor Amalina, masing-masing berumur 18 dan 21 tahun.

Terdahulu, waris mangsa hadir di perkarangan rumah mayat HPD sejak pukul 8 pagi tadi. Mereka bagaimanapun enggan ditemu ramah dan memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.

Semalam, empat sekeluarga maut selepas kereta Honda Stream yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori tanpa muatan yang datang dari arah Sepang menuju ke Seremban di jalan Lukut-Sepang.

Lima orang cedera dalam kemalangan itu yang turut membabitkan tiga kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal. Al fatihah.

Add Comment

2 × 3 =